Selepas 20 tahun, Gereja Visitation akhirnya dapat menyaksikan pentahbisan imamat, Diakon George Ho Chung Jen (gambar) ke jabatan kepaderian pada 13 Ogos di hadapan para klerus, religius dan awam.
Turut hadir ialah delegasi dari Order of Discalced Carmelite Taiwan dan Singapura, Fr John Chua, yang berterima kasih kepada ibu kepada paderi yang baharu ditahbis, Florence, atas restunya yang mempersembahkan anak lelakinya bagi bekerja di ladang Tuhan.
Fr George yang pada mulanya tertarik dengan kerohanian Yesuit, akhirnya mempertimbangkan untuk menyertai order Karmelit kerana menyukai hidup kontemplatif.
Paderi paroki, Fr Xavier Andrew, mengucapkan tahniah kepada Fr George, OCD, dan juga berterima kasih kepada keluarganya, Karmelit fraternity, dan pelbagai pelayanan yang bekerja di belakang tabir dalam paroki untuk memastikan upacara pentahbisan berjalan lancar.
Uskup Agung Julian Leow, yang merupakan umat dari paroki ini, berterima kasih kepada para katekis di atas didikan agama Fr George kerana mengajarnya dan secara berjenaka menambah, “Saya harap kita tidak perlu menunggu 20 tahun lagi untuk pentahbisan di gereja ini.”
Fr George, yang telah mengatur penanda buku dan skapula untuk diedarkan kepada umat berkata, “Skapula dan penanda buku ini bukanlah azimat atau pasport untuk masuk ke syurga tetapi peringatan bagi kita untuk menjalani kehidupan setia dengan Yesus Kristus.

Tags:
catholic