Diakon Raymond Lee Seng Huat, merupakan pemuda dari komuniti Cina yang pertama ditahbis sebagai paderi sejak Keuskupan Sandakan didirikan 15 tahun lalu.
Dalam tempoh 23 tahun ini, Fr Raymond Lee, 35, merupakan paderi berbangsa Cina keempat berasal dari Sandakan, selepas Uskup pertama Kota Kinabalu, Simon Fung, Msgr Nicholas Ong (ditahbis pada 1978) dan Agung Kota Kinabalu, John Wong, ditahbis sebagai paderi pada tahun 1999.
Misa Kudus Pentahbisan diadakan di Katedral St Mary dan dipimpin oleh Uskup Julius Dusin Gitom. Turut hadir ialah Uskup Agung John Wong, gembala Keuskupan Agung Kota Kinablau.
Lebih 500 umat datang menyaksikan upacara ini termasuk dari Keuskupan/Agung Kota Kinabalu dan Keningau.
Dalam ucapannya, Fr Raymond mengongsikan bahawa panggilan imamatnya merupakan manifestasi rahmat dan kasih Tuhan yang menakjubkan.
Beliau mengatakan panggilan menjadi paderi ini merupakan penghormatan dan berkat. Fr Raymond percaya bahawa pentahbisannya menandakan perjalanan baharu dalam pelayanan kepaderian.
Beliau pasti akan wujud banyak cabaran dan rintangan serta meminta umat terus mendoakannya dan menyokongnya sebagai paderi yang setia melayani Gereja.
Uskup Julius, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada ahli keluarga Fr Raymond.
Pentahbisan itu adalah satu rahmat dan penuh sukacita untuk Keuskupan Sandakan.
Walaupun dilanda pandemik, dalam masa dua tahun ini, Keuskupan Sandakan telah dikurniakan tiga orang paderi iaitu Fr Raymond, Fr Arthur John yang ditahbis pada 3 Mei 2022 dan Fr Stephen Esguerra pada Mei 2021.
Bapa Uskup Julius berpesan kepada umat Sandakan untuk membantu dan mendoakan Fr Raymond agar beliau dapat menghadapi cabaran dalam kepaderiannya dengan semangat Injil yang kental.
Fr. Raymond dibaptis pada usia 14 tahun dan menerima Sakramen Penguatan pada usia 20 tahun. Beliau pernah bekerja sebelum memasuki Pusat Keuskupan Katolik di Kota Kinabalu sebagai aspiran pada tahun 2011.
Pembentukan kepaderiannya mengambil masa selama tujuh tahun, di mana lima tahun dihabiskan di Kolej Sto Petrus, Kuching.
Beliau telah melakukan pelayanan pastoral di beberapa paroki misalnya Holy Trinity, Tawau, St. Martin, Telupid, Mision Paitan, Gereja St Theresa Serian dan Gereja Our Lady of Fatima, Beluran. Beliau kemudiannya ditahbis sebagai Diakon pada 15 November 2021.

Tags:
catholic